March 22, 2010

si gigi arnab



haha..cuti hujung minggu disambut dgn berita gembira yakni cik airis dah ada 2 batang gigi arnab di bawah..persoalan kenapa dia meragam dan demam smenjak dua ni terjawab. macam org tua2 kata, kalu budak demam ke hape, maknanye ada satu2 kepandaian dia akan dapat. masa anak 1 dulu tak percaya, kunun2 moderno sgt, pecaya sgt kata2 parenting magazine, paedatrician etc dan bukan yg tok nenek thingy tu.. minah kecit juga dah pandai duduk skrg. suke kami tgk dia ada gigi dan duduk dlm keta..aiman paling teruja. airis da meniarap 2 bulan pun setiap kali dia meniarap dia akan panggil mama papa tgk , "mama, dia terbalik!!!"..dan aku akan berlakon dgn penuh over menjawab,"ye ke man, wah bestnya, hebatnya macam aiman kecik2 dulu!!!"..ayat mcm dia kecik2 tu adalah wajibul ghunnah..yakni kalo ko tak ckp macam dengar burung belatuk pas tu dia akan tanya berpuluh kali "macam aiman kecik2 dulu tak?"..adik abang lah katakan..amboi..amboi..amboi..



rasanya macam malas nak cerita betapa letihnya menguruskan anak2 ni. kdg2 dah tak larat duk rumah kami bwk anak2 pusing naik keta melawat melaka bersejarah. dalam keta aiman akan berangan menyanyi sambil cubaan berkubang or berkhemah di seat belakang dan airis akan tercongok berdiri tegak macam pembaris menengok luar tingkap sambil main air liur. aku pulak akan menceceh ngan papa pelbagai isu global sambil membebel kat aiman jgn pijak seluar mama, airis jgn tarik tudung mama, buat susu airis, papa jangan tgk awek kat tepi..eh tipu ni, aiman jgn tukar channel radio, airis nak ape ni sebenarnya, aiman jangan main tingkap dan seribu satu macam jangan lagi..



tp mama and papa sadar, satu hari nanti mama papa mesti akan rindu moment2 tak cukup duit, tak cukup tangan, tak cukup tido, tak cukup air liur, tak cukup kaki sekarang ni bila aiman dan airis dah besar. bila aiman dah bujang tak nak mama papa peluk2 kuat2 cam sekarang. bile sesi karaoke dengan mama dlm keta itu dah tak happening lagi, tak nak window shopping cam kita selalu buat sekarang. tak nak makan mc d sepah2kan keta papa cam sekarang. bile mama papa tak yah beli susu korang lagi..



masa tu mesti nyanyi, "ooh..aku rindu..katakan padanya aku rindu. oh burung nyanyikanlah katakan padanya aku rindu"..(lepas tu rapping ke hapa lagu dangdut tu..)tetiba nak suruh burung nyanyi tak pasal2..

gonna miss the moment..i love my kids..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..