March 11, 2010

nasi ayam tantun yang menceriakan

hey..what's cooking..wakaka..dalam sibuk2 tu sempat memblog.pendek jer kisah semalam aku berjaya masak nasik ayam resipi tantun yang sungguh menceriakan. bese kalo masak time keje adalah 1 lauk saje. so ada nasik, sup, kuah lada dan ayam itu adalah sangat menceriakan dapur rumah ku itu..

sungguh mantap resipi cik tantun. sonang jo. pukul 8 da siap masak lalu bergegas solat maghrib. aku sempat berdoa sewaktu masak agar tuhan mengampunkan dosa aku yang semayang maghrib lambat demi kemaslahatan perut papa dan aiman..aiman balik pukul 8 malam dari rumah atuk cakap, "wah sedapnya bau ni mama"..sniff..sniff (hidung kombang)..bau ayam tu sodap pas digoreng. rasanya oklah kot nasi ayam itu. aku kalu dia dua orang kata sodap pun oklah..pasal itu niat pun kasik famili makan air tangan. itu jer..kalu pasal nak berniaga aku rasa mak aku akan sedekah pisang sebulan kat mesjid tanda kesyukuran..

ia nasi ayam menceriakan. dan semoga allah memberkati kami sekeluarga. tq tu my chef cik MK for that superb blog for working mom. betul tu pasang niat dalam hati untuk masak utk famili, tuhan akan memudahkan..resipi search 'nasi ayam' kat blog 'to cook or babble' okess...

i m so happy lah cooking..i like....................



P/s:cara hiasan agak huduh ok pasal aiman dah lapor bebenor..dan gaya perletakan salad tu kemain byk macam nak suh org muntah salad..wakaka..nanti le aku belajo cemana nak menghias..

2 comments:

  1. tahniah!!!! aku puasa hari ni..terasa nak masak nasi ayam pulak

    ReplyDelete
  2. wah, bagus2-selamat memasak-aku lak, skill lama kena gali balik-tapi if aku masak sapa lak yg nak makan-taunye "ayam goreng" or "ayam pedas"-ha3x

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..