February 17, 2010

the latest craziness during cny holiday

gong xi fa chai..bestnya cuti lama2 gini..macam2 aktiviti antaranya masak memasak (kantoi ko jrg masak hoi..),balik kg, bersoping di jusco bandaraya melaka yg baru bukak itu (besau betul), merayau ke pahlawan walk ala2 uptown itu..heheh..airis suke bejalan sekarang so kalau berjalan merambu berapa lama pun dia ok..so keluarga kami telah kembali ke aktiviti asal suke merambu..cuma tak sempat ke muar utk pekena mee bandung di tanjung, so next week punye projek. koleksi pinggan mangkuk kesayangan saya yg selama ini terperuk di stor rumah mentua (akibat pindah rumah bulan 12 ari tu) pun dah kembali ke habitat asalnya di rumah kami. so kawan2 yg kata nak dtg rumah tu silalah datang sebab kalo korg datang sebelum ni confirm kena pakai pinggan 'ayan' kitorg time makan..sorry abun n zila kene cancel plan last year to visit minah kecit airis..

so cuti ni, kami ada kegilaan terbaru iaitu mendeko rumah dengan wall sticker..kalau sape penah datang rumah kami sebelum ni mesti tau yang kami menghias ala2 english style gitu..haha..takde la english style pun maybe sebab bunga2 yang berjambak2 itu..tp dah ada anak 2 ni rasanya lebih prefer kpd konsep minimalis or the clean look. sume simpan dalam lemari. takde hiasan atas almari or bunga2 ke sume. pening kepala gitu..



so inilah keje kami di ruang tamu..pokok hijau kat meja tu aiman panggil pokok botak. asik dialih dan kene jerit. macam comel pulak tengok kat romantika. ruangan ni tempat larangan untuk aiman berperang.. sticker tu bende pertama dibeli via online..mahal jugak berbanding harga kat uptown tu.tapi sticker ni si penampal sticker @ papa cakap adalah lebih tebal so maybe dia mahal sket lah..dan design ni kami dah jelajah satu uptown pun tak jumpa so kire oklah..dan burung2 tu mcm konpius kena cabutkah..tak boleh kah..ustazah2 sile komen..



ni pulak kat living area..murah jer suka sgt kalau boring buleh cabut..



dan ni di bilik aiman..my forever hero..dia pilih senirik dan terbabit dalam usaha penampalan dan tak sabo nak tunjuk kat makngah..airis kalo tertekan pun kami bwk dia pi sini nanti dia tersengih2 tengok sambil baring2 tu..

sian kami ni..impian nak ke ikea tak tercapai lagi..pergi ke ikea itu adalah sgt2 heaven bagi kami sekeluarga (dan bershopping di situ of course)..so design lah rumah dengan wall sticker yang sgt2 murah ini..thank you to the creator of wall sticker d.i.y for making our days so enjoyable..



aiman pulak baru dapat kete control pengaruh rakan sebaya di rumah atuk..mama kejam pulak bile cakap "baik kita pi makan pizza je man dari beli keta ni" walopun papa tak penah marah mama beli gaun2 alisha dan tudung online yang tak berkesudahan itu.kih3x..



dan last sekali, papa pulak dapat hobi baru untuk menspray keta2 control adik2nya..kira demam kete control ler di air molek tu..menerima hakikat yang boys will always be boys..adik badik lelaki lah sume katakan..sibuk menampal sticker2 keta dan katanye nak membuat litar antarabangsa di air molek nanti..bagus..sume nama ada 'rizzal' di belakang so rasanya tu menyebabkan adik beradik dan anak2 lelaki sume sgt2 rapat gitu..sian nak bukak bisnes sport rim dan kafe kereta tak tercapai lagi..abg boy..baca ke ni..dan hajat nak tuko estima ke alphard kabonya..bagus..estima tu pas ke kami nanti..kih3x..

last but not least, i luv my tiny little home..its our (me, papa, aiman and airis, the fish and those cats too) heaven..




1 comment:

masa untuk bersuka-ria..