January 15, 2010

the sexy girl



pagi ahad lepas papa mandikan chacha. mama seperti biasa sibuk tak berkesudahan mengemas rumah. lepas tu papa datang dapur sambil tunjukkan pada mama chacha dan cakap, "MAMA, INILAH SEXY GIRL" sambil senyuman meleret-leret papa itu. chacha pulak seperti biasa tersengih senget bila tengok mama sambil air liur terjemuih kat mulut..

OHH..rupanya papa pakaikan chacha skirt jeans pendek nampak pampes dengan blouse pink.pandai pulak papa matchkan baju itu. nampak comel pulak chacha. mesti papa korek wardrobe chacha carik baju sebab ada sebakul baju kami yang tak berlipat. itu fenomena biasa. suka sangat papa bila dapat baby girl ni. dapat pulak first time pakaikan skirt pendek gitu kat chacha. lagiler papa suke. maklumle papa membesar takde melihat adik beradik punyer skirt gitu.

sekarang, chacha dah jadik gelpren baru papa. dia buah hati papa. papa yang ada adik beradik lelaki je selama 20 tahun lebih sampai anak buahnya dak tasha lahir. papa yang tetap senyum nak beli susu mamil gold chacha rege 100 lebih tu 2 minggu sekali n pampes mamy poko chacha walopun takder duit. chacha kesayangan abg aiman dan mama jugak. chacha yang sering disakat oleh nek sarah, dipanggil budak pipi gembol oleh tuk manap. chacha our love. abang aiman siap ada lagu kalu nak pi amik chacha petang2. kalu takder duit nak belikan abg aiman mainan, cakap jer nak simpan duit beli susu chacha dia terus tak bad mood dan ok. tapi semalam dibalunnya membeli akuarium dan ikan sampai RM15 sebab mama janji kalau buat latihan sampai abis. sudah le ikan guppy tu senang mati, siap pokok dan batu.tapi takpe, itu papa yang bayar..he..he..

well i have to admit i 'm not that sexy girl lagi to my hubby. apatah lagi dengan spare tyre di sana sini.pity me. chacha we love u forever. sekarang dah 5.6 kg. semoga sihat sejahtera sentiasa. tapi nak menyeksi janganlah sampai umur akil baligh. itu mama akan pantau. jadilah anak solehah doakan mama papa di akhirat nanti. janganlah eksen kalau orang cakap chacha comel kerna kecomelan itu pastinya turun temurun dari MAMA dan papa (tertaip hurup besar mama tu tadi, malas nak betulkan). gambar chacha berskirt pendek itu gagal diambik sebab kalau kat rumah tak tau aka tak ingat kamera dan phone kat mana. tapi entri ni juga untuk menunjukkan chacha dengan headband putih pemberian cik su nyer..time kasih kak sue. dari nurse sampei ke doktor lim sume ckp chacha comel sambil menyentuh headband itu. tapi dalam gambar nampak tak comel sebab pakai kamera phone 2 megapixel tu. hi hi..

4 comments:

  1. wei, tak sangka sahabat aku ni pandai menzahirkan bait-bait puitis (diselangselikan dgn pujian kpd diri sendiri)-ahaks

    seperti mana rumah ko, ala2 english style, macamtu jugaklah ko nak corakkan blog ko ni yer-

    airis- memang comey, serupa ngn muka abg aiman, tp mungkin abg aiman nampak slim sikit muka dia banding ngn chacha ni-

    pasal keseksian tu-tak yah lah kita nak berangan nak jd seksi-sebabnye zaman seksi kita dah berlalu, seksa jer skrg yg tinggal,

    so biarlah yg seksi tu dimonopoli oleh inas (juara seksi), iman dan juga airis skrg-tapi aku pun menyetujui kata2 ko, biarlah seksi tu setakat b4 akil baligh jer-wakakakaka

    ok mek teruskan menulis, aku akan mencari idea tuk menulis blog aku


    eh-ko kabo "i am a legal practitioner and now a blogger" (aku nak repharase bukan "now a gossipper" ker?-ahahahahha

    ReplyDelete
  2. Semekom....akhirnya akak berjaya jugak membukak n membaca tempelan-tempelan gambar airis alisha.makin besau makin chomel.tp make sure pasni upload gambar aiman lak.biar ada gambau sumer.masukkan gambau makngah depa yg cun pun okay gak.hahaha.tak buleh ada preference, nanti anak kecik ati.macam makngahnya gak sumer anak sedara kena sayang sama rata....lagi satu ni mesti membelog waktu opis hour...jgn boss tangkap sudah.curik tulang kena ada style.kehkehkeh.oklah chiow dulu..nak menyapu dan mop rumah yang debu dan naik satu 3 inci.sampai ketemu lg sewaktu cuti CNY nanti.n terus2kan membelog sronok gak tau perkembangan adikbradik dan anak2 sedara.

    ReplyDelete
  3. chacha2, kupikirkn namanya airis rizzal..

    aku baru selesai wat cupc8 aqiqah baby girl pg ni, tp blm upload gmbr lagi.. nanti aku 'dedicate'kn 1 gmbr baju gaun utk chacha k

    ReplyDelete
  4. normah:gossipper tu adalah tersirat di sebalik perkataan pembloggeran itu..
    k wati: wah berjaya jugak membukak blog ini.welcome.aiman forever my boifren cume susah amik gambo dia kan bizi sokmo..nanti akan update gak..dun worry
    den: aku sentiasa berangan utk buat akikah tercomel kat rumah aku or besdei airis n aiman bulan 8 nanti..keh3x

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..