January 25, 2010

love me for a reason

hari jumaat adalah hari travelling bagi saya. kepada yang tak tau, saya akan ke branch office di masjid tanah setiap jumaat. so pagi tu akan layan dengar sinar fm(oii..malu ker nak kasitau dengar sinar fm ha..ha..) melayan lawak salih yaakub yg miang2 keladi itu sambil ketawa terkekeh2 sorang2 dalam perjalanan 45 minit itu. kiranya sesi terapilah setiap jumaat itu merawat otak yang selalunya pening dan ngantuk..haha..

masa gi m t nih..biasa akan mengeteh atau mengopi di restoran klasik layan nasik lemak sambil berblues lagi..pas tu baru masuk opis berjumpa dgn staf di sana dan mengadap pula cerita ceriti @ masalah di opis itu.. then balik rumah mak sebab nak tengok nenek sakit..

sedih tengok nenek londang yg kami gelar Sarjan di kenduri kendara itu. panggil Sarjan bukan apa, dia otai dalam bab masak memasak ni. datang masa rewang akan bercekak pinggang mengomen apa yang tak cukup mcm kelapa ker..biasa abg zam @ dak zam akan menyakat nenek dgn cakap, "nek, kelapa ni cukup tak?" dengan rileknya nenek akan jawab, "masak untuk berapa orang ni?" maka para2 komander biasanya diketuai oleh ayah akan jawab soalan itu dan dia akan jawab balik' "tak cukup, tambah lagi 20 biji"..rilek dan otai sungguh. bagi aku yang membeli santan kelapa Rm1, 2 bungkus sekali ni sampai kiamat pun tak tau nak pakai baper bijik kelapa dalam satu2 kenduri itu..sekarang nenek sebelah badan tak leh gerak. hanya buleh cakap suara bergetar kat dalam jer.mata bukak sikit jer..sedih betul..

masa melawat dia biasale mak akan bukak citer2 lama (out of topic..kak wati ko musti paham ni..kih3x) dan kelakar kasik nenek happy sikit.mula2 mak dan mak endek ketawa, lama2 citer dia duaorg pun bergenang air mata mengenangkan nenek itu itu memang takder tandingan di dunia ini..dia dah kawinkan anak2 dekat 10 orang, cucu ntah berapa belas ke puluh orang, motong gotah, jaga arwah atuk sakit lagi, memang anak dan cucu sume sayang nek londang ni..akan simpankan durian le untuk kitorang yang memang bangsa pelahap ni..keutamaan anak dak sarip @ dak ali..heheh..

kesimpulannya di sini (eh apesal skema sgt weh), adakah kita akan disayangi seperti itu apabila tua nanti.adakah orang yang nak menitiskan air mata kalu tengok kita paralysed gitu.ada ke kenangan2 manis yang kita tinggalkan untuk famili kita?ada ke orang kampung dan sedara mara nak melawat kita tiap2 hari macam nek londang itu?ada ker citer2 kelakar yang kite tinggalkan untuk famili dan kawan2 kita kenang, dan adakah kita cukup mengasihi insan2 sekeliling kita especially mak kita sepanjang hidup kita ini? well.. tepuk dada tanya selera..

to mak..i luv u..kelakar pulak dia citer pasal blog ari tu dia kata "akak kau kasitau ko citer pasal aiman macam mak aktivis kucing".."mak gelihati".kitorang akan selalu sayang mak..mak lah world kami..

dan dalam perjalanan balik dengar pulak one of my favorite song kat mix fm, LOVE ME FOR A REASON-boyzone. so layan. biarle orang sayang kita atas sebab2 yang kita corakkan senirik..

Chorus: "Don t love me for fun girl
Let me be the one girl
Love me for a reason
Let the reason be LOVE"..

so family and frens..love me for a reason ok..especially org dalam gambar kat bawah ni..


alisha dan topi berkebun papa..

alisha pakai baju nenek belikan n abg aiman

2 comments:

  1. Uik..besornya jari aiman..hahaha...
    Aiman sure tk pas lg nk dokong adik..
    Diana, ko sakit dh tua nnti aku dtg melawat k.. aku cuba bygkn Nek Diana update blog hahaha..

    ReplyDelete
  2. denni:ko dtg bwk cupcakes bercirikan nenek nenek ok..wei apa ko tak pecaya ke aku akan berblog sampai ke tua..siap cucu cicit bagi komen tu..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..