January 20, 2010

la dolce amira is 1

entri kali ni adalah atas saranan perdana menteri uganda, en faizal (yang sentiasa sibuk maka diberikan penarafan perdana menteri itu) bagi meraih perhatian ahli keluarga yang bersusur galur di air molek melaka untuk membaca blog ini. so silalah membaca entri cik la dolce amira ini dengan cara bacaan kisah "aku sebatang pen" yang biasa kita karang di sekolah rendah itu..



inilah cik amira. dipanggil la dolce amira oleh tuk manap. spek tu tak tahan. hanya sudi keluar untuk diambil gambar setelah memakai spek itu. berumur 1 tahun pada 16/1/2010 ari tu. anak kepada dak boy dan dak akak yang ketiga. pemalu orangnya dan risau sangat kalau2 orang nak dokong dia. dipendekkan cerita pada 16/1/2010 ari tu mama dia berhajat membuat makan2 sempena birthday dia (selepas asar). maka dijemputlah mak ngah diana (dipanggil dak ana) yang tercomel (dan keluarga) dari duyung untuk menghadiri majlis itu. dengan harapan mak ngah akan datang awal untuk membantu menyediakan makanan etc. malangnye makngah seperti biasa akan lewat disebabkan oleh ngangah yang nak kena pi beli tembikai le, ais ler.

kembali kepada topik. amira ni comel. maknya chinese so dia ni kiranya mixlah..tapi malu2 sokmo dgn makngah takut orang dokong dia sedangkan mak ngah senirik tak larat nak dokong alisha tu haha. tak sangka amira dah setahun. nanti alisha dah besar pun mak ngah buleh kata, "tak sangka alisha dah setahun".. (hmm..bila lah agaknya)

birthday amira dihadiri oleh kumpulan gagak hitam..



hehe kumpulan gagak hitam ni adalah daniel kecik (abg amira pun sambut besdei sama), daniel besar (adik dak nadia),aiman dan sepupu2 dak nadia (birasku). semuanya kononnya ben10 mostly pakai baju itam pulak ari tu. nampak kelibat time nak tiup kek ajer pas tu hilang.kejap2 nampak baling batu kat pagar konon2 nak halau monyet kat belakang rumah atuk tu. monyet tu dah ler sebesar korang, takde mananyer nak takut deh..

makanan utama dimasak oleh nek buk yang maintain, mee rebus istimewa, yang dimasak ikhlas dari hati..yang menjadi pujaan hati mak ngah..



eh patut amik gambo kuah mi rebus.maaflah amatur..apapun turut dimasak ketupat dan sambal daging Awe yang istimewa. kenyang sungguh mak ngah hari tu. makan pulak kek dak daniel, chocolate banana, dan kek amira cheesecake blueberry, maka bertambahlah lemak2 makngah itu..

diselitkan gambar mucis aka mukhriz the gud boy pujaan ati makngah..amira, mucis dan alisha adalah sebaya. kira sekolah sama2 le nanti..



dan juga gambar alisha the drebab di party itu..



gelfren papa kunun..cheh..

dan last sekali gambo mak ngah yang tak de kena mengena dgn party itu..haha..



ni gambo makngah berperut buncit di majlis kawen anak bos..dengan sedara bos..gambo kat parti amira agak hudus..kasi can lah..

papun, hepi besdei amira and daniel kecik ujung bulan ini.. mak ngah mintak maap tak bagi adiah sebab (sape suruh buat party di tengah bulan..) mak ngah lupe bawak adiah..(alasan..)semoga papa amira yang rajin bukak blog sport rim itu rajin2 bukak blog mak ngah ini.. ka3x..semoga jadik anak yang solehah dan soleh..amin

1 comment:

  1. wei semakin cantik dan hebat2 ayat ko mama-aku pulak tak sempat nak mengarang lagi, bukan apa, kena carik space lain and tenang jiwa bila nak mengarang -hik3x

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..